Kenapa Wataniah
Kenapa Askar Wataniah Perlu Dibangunkan
Ada beberapa sebab mengapa kita perlu membangunkan Askar Wataniah.
PERTAMA, negara kita tidak mampu menanggung kos pengurusan angkatan tetap yang besar.
KEDUA, aset negara yang kecil perlu dijurus menjadi dwi-fungsi, iaitu untuk membangun ekonomi negara dan untuk pertahanan negara melalui penglibatan dalam Askar Wataniah.
KETIGA, peperangan pada zaman ini bukan diantara dua angkatan tentera yang bermusuhan tetapi melibatkan seluruh negara dan rakyatnya. Oleh itu, kita perlukan rakyat yang berdaya `multi skills' dan berupaya menggunakan semua sumber negara secara bijaksana. Lantas dapat berfungsi menyokong jentera pertahanan negara dalam suasana getir.
KEEMPAT, saiz negara kita dan keadaan geografinya yang dipisahkan oleh Laut China Selatan memerlukan seluruh sumber negara di gembling bagi mewujudkan pertahanan kukuh dan saling membantu.
KELIMA, Dasar Pertahanan Negara (DPN) dengan jelas menerangkan bahawa dalam suasana konflik (negara bersiap sedia untuk berperang) semua sumber negara mesti dimobilisasikan.
KEENAM, kerajaan telah memutuskan untuk tidak mengimplementasikan `national service', maka, alternatif mewujudkan Pasukan Simpanan Tentera Darat yang mantap perlu direalisasikan.
Peranan dan Tugas Askar Wataniah Ke Arah Matlamat Dasar Pertahanan Negara
AM
Melalui Dasar Pertahanan Negara, kerajaan telah menggariskan konsep Pertahanan Menyeluruh (HANRUH) atau Total Defence sebagai salah satu daripada elemen dalam Dasar Pertahanan Negara yang diluluskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada bulan Mei 1986. Di dalam konteks HANRUH, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan usaha-usaha yang menyeluruh bersama agensi-agensi kerajaan dan swasta untuk menentukan pemeliharaan kedaulatan dan keutuhan negara pada sebilang masa. Aspek-aspek yang dipertekankan di dalam HANRUH bukan saja meliputi ketenteraan bahkan aspek pembentukan pemikiran rohani dan jasmani, material, perkhidmatan dan sumber manusia. HANRUH mengandungi dua komponen iaitu Angkatan Tetap (Regular Force) dan Angkatan Simpanan (Volunteer Force) yang telah dikenali sebagai Askar Wataniah. Kedua-dua angkatan ini hendaklah dianggap sebagai satu angkatan yang sama-sama menggunakan sumber yang diperuntukan untuk benteng pertahanan negara.
PERANAN
Konsep Pasukan Simpanan Tentera Darat (PSTD) antara lain juga telah menggariskan bahawa Askar Wataniah mempunyai misi yang sama dengan Angkatan Tetap. Walaupun demikian, peranan yang dimainkan oleh Askar Wataniah adalah berbeza. Peranan Askar Wataniah adalah seperti berikut:
Untuk meng`augment' Angkatan Tetap supaya dapat berganding dan bersama-sama dengannya mengadakan paras kekuatan yang diperlukan untuk mempertahankan kepentingan strategik negara dimasa darurat atau perang.
Membantu Angkatan Tetap dalam operasi keselamatan dan dalam hal ini ianya mestilah bersedia untuk dimobilisasi dan diaturgerak bila keadaan memerlukan.
Membantu dan kerjasama dengan pihak berkuasa awam dimasa-masa bencana alam dan kecemasan awam yang memerlukan.
TUGAS
Bersesuaian dengan peranan di atas, Askar Wataniah haruslah mampu melaksanakan tugas-tugas seperti berikut:
Bersedia untuk diaturgerakkan untuk mengambil alih tanggung jawab pasukan tetap apabila pasukan tetap ditugaskan melaksanakan misi-misi tertentu.
Membantu pertahanan tempatan di sesuatu sektor.
Mengadakan pertahanan kepada sasaran dan instalasi penting (key/essential points) dan kawasan-kawasan penentuan (critical points).
Mengadakan tenaga pengganti untuk Angkatan Tetap.
Mengendalikan dan meyelaraskan perkhidmatan penting bila diperlukan.
Bertindak sebagai agensi perisik.
Melindungi dan menyelenggarakan saluran komunikasi (Lines of Communication).
Bersedia untuk membantu dan bekerjasama dengan pihak berkuasa awam di dalam menangani kejadian-kejadian bencana alam dan kecemasan yang memerlukan.
Perkembangan Kerjaya
Perkembangan KerjayaDalam Askar Wataniah setiap individu berpeluang meningkatkan kerjaya masing-masing dalam pasukan Sukarela dengan mendapat peluang-peluang berikut:
Kursus Kerjaya - Berpeluang mengikuti kursus-kursus kerjaya di Pusat Latihan Askar Wataniah (PUSWATAN) di Ipoh atau pasukan-pasukan penganjur yang lain.
Kursus Fungsional - Berpeluang menghadiri kursus fungsional untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang-bidang ketenteraan.
Kenaikan Pangkat dan Pentauliahan - Anggota-anggota yang layak dan memenuhi syarat-syarat berpeluang dinaikkan pangkat dan bagi anggota-anggota yang mempunyai kelayakan akademik berpeluang ditauliahkan sebagai pegawai.
Imbuhan Elaun - Setiap anggota Sukarela akan dibayar elaun bagi setiap latihan yang dihadiri. Jenis-jenis elaun yang disediakan adalah seperti berikut:
- Elaun Latihan Tempatan: Kadar elaun ini dibayar mengikut jumlah jam latihan yang dihadiri termasuk tuntutan perjalanan bagi anggota yang menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam.
- Elaun Latihan Berterusan/Khemah Tahunan: Semua anggota yang menghadiri latihan berterusan melebihi 72 jam/Kem Tahunan akan dibayar gaji/elaun sebagaimana Anggota Tetap mengikut kadar gaji pangkat semasa dan jumlah hari yang dihadiri.
- Saguhati Tahunan (Bounti): Sagu hati ini dibayar kepada anggota-anggota yang layak mengikut keaktifan menghadiri latihan dalam satu tahun.
- Elaun Pakaian: Elaun ini khusus untuk pegawai sahaja iaitu semasa ditaulahkan dan untuk penyelenggaraan pakaian tahunan.
Kemudahan
Apakah yang anda perolehi apabila menyertai Askar Wataniah ?
Berjasa dengan menyumbang kepada pertahanan negara.
Mengisi masa lapang yang sebaliknya akan terbiar sekiranya tidak menyertai sebarang aktiviti kumpulan sosial.
Mempelajari kepakaran dalam pasukan Askar Wataniah yang dipilih.
Membina dan membangunkan perwatakan tanpa mengeluarkan wang ringgit.
Menambah kenalan/sahabat dari pelbagai lapisan masyarakat.
Berpeluang melawat/menghadiri latihan di pusat latihan dan pasukan-pasukan di seluruh negara.
Elaun semasa latihan hujung minggu dan gaji bagi latihan melebihi 72 jam dan perkhemahan tahunan.
Bounti/Saguhati tahunan.
Perlindungan kemalangan sama seperti Angkatan Tetap.
Elaun Perjalanan ke tempat latihan dan kemudahan perubatan.
Layak menyertai Insurans Berkelompok ATM.
Cuti tanpa rekod bagi menyertai latihan selama 30 hari dalam satu tahun (bagi kakitangan kerajaan sahaja).
Boleh dikerah untuk berkhidmat sepenuh masa mengisi perjawatan tetap dalam kor-kor yang berkaitan bagi mereka yang layak.
Layak mendapat kemudahan pembelian barangan PERNAMA PERWIRA NIAGA seperti mana Anggota Tetap.Layak memperolehi kemudahan yang disediakan oleh Yayasan Askar Wataniah.
Konsep dan Jenis Latihan
Konsep latihan yang dilaksanakan adalah berteraskan kepada latihan asas ketenteraan untuk menyediakan anggota dan pasukan yang mampu bergandingan dengan pasukan tetap sekiranya diperlukan. Latihan-latihan Askar Wataniah dilaksanakan mengikut kemampuan dan kesesuaian masa seperti hujung minggu.
Latihan Rekrut - Setiap anggota Askar Wataniah perlu menjalani latihan rekrut selama 30 hari berterusan atau melalui latihan tempatan selama 240 jam iaitu syarat untuk pengiktirafan sebagai Prebet.
Latihan Tempatan - Latihan ini dilaksanakan di lokasi berdekatan kediaman anggota Sukarela. Latihan dijalankan pada masa yang bersesuaian terutama pada cuti hujung minggu. Latihan dilaksanakan dalam tempoh antara 2 hingga 12 jam sehari. Jumlah latihan ini dilaksanakan tidak melebihi 240 jam setahun (pasukan bukan teknikal) dan tidak melebihi 360 jam (pasukan teknikal).
Latihan Lanjutan - Latihan ini dijalankan secara berterusan dalam tempoh masa tidak kurang daripada 72 jam dan tdak melebihi 14 hari bagi setiap individu dalam setahun.
Latihan Tahunan - Latihan ini dijalankan secara berterusan pada setiap tahun sebagai kemuncak aktiviti latihan. Latihan tersebut dilaksanakan tidak melebihi 15 hari setiap tahun bagi seseorang individu. latihan ini dilaksanakan secara berkelompok dengan mengaplikasikan kemahiran ilmu medan perang, muslihat dan pengendalian senjata serta latihan rejimental.
Latihan Anggota Pakar - Anggota Pakar hanya perlu mengikuti latihan kem tahunan selama 15 hari setahun.
Hakcipta Terpelihara -
Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah 25150, Kuantan, Pahang Darul Makmur.
Asari - Wataniah KIPSAS 2009 Versi 2(15 Mac 2009) ;
Tel : +609 - 5365353 Fax : +609 - 5364421
webmaster@kipsas.edu.my / pro@kipsas.edu.my
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan Mozilla Firefox or Microsoft Internet Explorer dengan resolusi (1024 x 768)
BERMINAT MEYERTAI ASKAR WATANIAH MALAYSIA
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMASUKI PERKHIDMATAN ASKAR WATANIAH MALAYSIA
(SUKARELA/SUKARELAWATI)
1.WARGANEGARA MALAYSIA
2.BERUMUR 18 TAHUN HINGGA 35 TAHUN
3.LELAKI ATAU WANITA
4.TINGGI TIDAK KURANG 157CM (LELAKI) TIDAK KURANG 152CM (WANITA)
5.BERAT TIDAK KURANG 47KG (LELAKI) TIDAK KURANG 45KG (WANITA)
6.PENDIDIKAN TAMAT TINGKATAN 3(DARJAH 6 DIPERTIMBANGKAN)
(Lain-lain pangkat) DAN LULUS SIJIL PELAJARAN MALAYSIA SEKURANG-KURANGNYA GRED 2 (Pegawai)
7.PENERIMAAN TERTAKLUK KEPADA KEPUTUSAN TAPISAN KESELAMATAN(Tiada kes jenayah)
8.BOLEH MENULIS DAN MEMBACA
9.MEMPUNYAI PENGELIHATAN YANG BAIK
10.MEMPUNYAI KESIHATAN YANG BAIK
KEPERLUAN YANG MESTI DIBAWA BERSAMA
1.GAMBAR UKURAN PASPORT 4 KEPING
2.BUAT SALINAN FOTOSTET (4 SALINAN)
a-kad pengenalan sendiri
b-kad pengenalan ibu bapa atau penjaga
c-kad pengenalan isteri (jika berkhawin)
d-sijil kelahiran sendiri
e-sijil nikah(jika berkhawin)
f-sijil berhenti sekolah
g-sijil2 akedemik (Darjah 6/UPSR)(SRP/PMR)(SPM)
h-sijil kelahiran anak2
TAMBAHAN KEPADA IBU /BAPA YANG TELAH MENINGGAL DUNIA
i-Cari 2orang waris dan fotostet kad pengenalannya
KEMUDAHAN-KEMUDAHAN INSENTIF
1.ELAUN REKRUT SEBULAN
2.ELAUN LATIHAN 1 JAM
3.ELAUN PERJALANAN
4.DAN LAIN-LAIN KEMUDAHAN